Showing posts with label Cooking Time. Show all posts
Showing posts with label Cooking Time. Show all posts

15 February 2012

Resepi buat Maduku "Ikan Bilis Masak Asam"

(^_^)

Janji dengan Madu nak kongsi resepi ni... "Ikan Bilis Masak Asam"

 
 

Bahan2nya:
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 1 biji
Air asam jawa (dalam 2 sudu besar)
1 sudu besar gula
Garam (secukup rasa)
Ikan bilis
Kentang 1 biji (dipotong nipis)
Minyak

Cara2nya:
Goreng dulu kentang dan ikan bilis. Ketepikan. Tumis bawang putih, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Biar mendidih hingga pekat. Masukkan ikan bilis goreng dan bawang merah, gaul rata. Masukkan kentang goreng dan gaul hingga rata. Siap!

Masa tumis bawang tu, minyak 3-4 sudu je. Ada setengah ikan bilis tu memang dah masin so tak perlu letak garam. kena rasa time masukkan ikan bilis goreng tu.

Kentang + ikan bilis yang siap digoreng

Siap disalut dgn tumisan asam jawa

Siap!
Kalau tak nak letak kentang pun boleh, buat ikan bilis je.

Okay..jom makan! Bismillahhirahmanirahhim...(^_^)

Tengah rajin hari ni, MissDaisy buat sambal ikan bilis skali, senang esok2 ni nak mkn dengan roti ke, bubur ke.

14 February 2012

Keropok Bawang + Eating Alone + Kek Batik

Aktiviti kat rumah lately ni suam-suam kuku sket. Dalam hati rasa mau letak entry tapi bila time buat tu tak brapa jadi so cancel la entry time tu.

MissDaisy baru2 ni nak sharekan acara dapur. MissDaisy buat vade@masalavade tapi tu lah..tak jadik lak. Ni lah kesannya bila lama-lama skali baru nak buat kuih ni, mengajar kembar MissDaisy terror lak, jadik lak tu dia buat, kita buat yang tak jadi..alahaaii..next time kena tukar teknik lak. Time entry yg jadi tu lah nanti MissDaisy crita kenapa tak jadi, so nanti jadi tips pada sesape yang nak buat.

keropok bawang
Saja teringin nak makan keropok bawang ni, klau beli kat kedai tu tak terasa bawangnya, dok rasa minyak ngan tepung ja lebih. Ni MissDaisy buat sikit ja, dalam 2 roll tapi goreng sket2 sebab MissDaisy bancuh doh bawang tu lembik so simpan petiais dulu kasi keras sket. Yang dalam gambar ni last dah ni, tu suma adik-adik MissDaisy yg makan time diaorg datang umah baru2 ni. Okay..MissDaisy kasi resepi tuk share.

Bahan Doh Putih:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung pulut
garam (secukup rasa)
air
2 sudu besar minyak/butter
1 biji telur

Cara-caranya:
Campur kesemua bahan kecuali air.(tepung tu bagus kalau diayak). Ratakan telur,minyak/butter,garam..masukkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang kenyal. Ketepikan.

Bahan Doh Bawang:
10-15 bawang merah/kecil
5-7 tangkai cili kering
2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
gula (1sudu kecil/secukup rasa)

Cara-caranya:
Bawang dan cili kering dikisar halus. Campurkan sedikit-sedikit dengan bahan lain sehinga menjadi doh.(bahan kisar tu banyak sbnrnya, so agak2 je la time nak campur dengan tepung)

So..sekarang ni kita dah ada 2 doh (putih dan merah). Canai doh putih dan doh bawang, letakkan doh bawang yang telah dicanai tadi keatas doh putih dan gulung. Siap! Kebesarannya tu terpulanglah pada individu. Kalau susah nak dipotong time lepas gulung tu, simpan dulu dalam petiais beku, then bila dah keras sikit boleh la potong untuk digoreng. (^_^)

Resepi yang MissDaisy bagi ni asas je, so terpulang pada individu untuk olah jadi lebih baik.

MissDaisy tak lah pandai pun, ini main buat ikut tangan je, mungkin ada yang buat cara lain. Dulu time raya arwah tok selalu buat tapi kami cucunya taknak belajar pun. Kalau tanya mak, mak akan jawab "buh tepung ngan bawang la kak, macam buat kulit karipap tu" then pandai-pandai lah MissDaisy cipta resepi. Semuanya main agak-agak je dari rasa,lihat, dan bau.

Takde plak MissDaisy snap picture time buat keropok bawang tu, tak sempat..sesungguh hati time buat tu..hahaha.

Ni malam bila ntah gi buat, orang buat tuk breakfast, MissDaisy buat time supper.
Temanya  "Eating Alone!"










Hari ni disebabkan rajin.. MissDaisy buat kek batik, 1st time buat. Slalunya makan jer (^_*). Resepi MissDaisy amik dari blog MasamManis. MissDaisy buat separuh adunan je and dianya lapisan coklat tu tak smooth sgt. taktau lah kenapa, api dapur kuat sgt rasanya kot and telur tu mcm byk. Next time kena letak telur sebijik je tak pun takyah letak (urmmm...rasa2 okay tak?)

19 August 2011

Blueberry Choc Cake and KokoKrunch Choc Chip

Tema chocolate ja ni, nestum hr tu jer cerah, tp soon nak lorek ngan choc gak...ayakkk...gila choc ni. Hari ni blajar buat kek n decor dr chef Ot. Belum hilang penat buat biskut nestum dr subuh pg td, huhuhu...

Ingatkan senang ja nak deco2 kek ni ala2 mcm kat kedai kek tu...., susah jgk la, parkinson abis.. hahaha.

filing blueberry

Sambil dok bakaq kek ni, Chef ajaq buat kokokrunch choc ni, laaaa...senang rupanya. Leh la dok buat slalu (sapa nak tolong mkn xtau la). Tatsat banyak dok telintas nak buh dalam blog ni tp bila dah sampai waktu mcm ni, dok nampak bantai ja lebih ni. Bila biskut kokokrunch ni nak sejuk ni....ngantukkk.
coklat lg...

17 August 2011

Oreo vs Strawberry Choc

Biskut untuk hari ni...Biskut Oreo Black Beauty, :) Buatnya semalam, baru hari pipe kan dianya hiasan tu. Dalam dok pikir jadik ke biskut aku ni, hahaha...tak penah kan buat biskut yg betul2 black ni. Dalam hati tu, "uiiii....gelapnya biskut ni, lalu ke orang nak mkn ni?" hahahaha...tak baik betul pikir mcm tu... sahur pagi td merasa la biskut ni ngan mama, urmmmm....sedap, rapuh2. Pastu dok bercerita ngan mama. "Semalam ni penuh satu rumah bau biskut ni, sedapnya ya Allah" Mama :" ha..tu la tatsat bukak pintu nak turun masak pun  bau, sedapnya,nak kena rasa ni". Yang bestnya tu, nak tidoq semalam, bau biskut dah aku ni, tp sebab dah mengantuk sgt2, xla gi tukar baju. Takpe bau sedap. :).
 
ni tgh dlm oven
betul2 black ni
 
siap dilorek dgn strawberry choc :)

Credit goes to akak ita MasamManis

16 August 2011

Sedapnya Biskut Nestum ni


Resepi ni MissDaisy amik dari MyResepi.com. Senang sgt2, bahan2 nya pun mudah ja.
-nestum
-tpg gandum
-gula perang
-butter
-baking powder sket
Sape2 nak resepi ni leh gi kat link ni MyResepi

Mula2 buat tu, mama dah suruh buat 2 adunan skali gus, pastu ckp ngan mama, "byk ni mama, larat ka nak bg habis bakaq ni" Alih2, sekejap ja. awal tu test dulu 5 cup, kecik2 ja buh dlm cup, dah masak tu...alaaaa....xnaik penuh cup pun. And time masukkan dlm cup tu MissDaisy kepal2, so bila kluar dr oven, keras jd nya. hahaha....dohnya tu tabur2 ja dlm cup n tekan sket ja nak kasi kemas. Sebab bila masak gula perang tu berfungsi mcm gam la. Hasilnya dapat la biskut nestum yg ranggup sb dia mcm beronga2 kat dlm dia. Oven mama tu besar jd skali masuk 2 tray. Dapat la dekat2 2ratus bijik. Time lepas bebuka tu, trus try biskut ni....yum..yum... sgt sedap kay, mama ngan along pun ckp sedap :D . Past dah kemas2 dapur, buat lg satu adunan biskut nestum ni, pembantu MissDaisy kali ni bukan si adik (adik dah tido) si abgnya ..Aiman, pandai anak umi buat kuih, kemas ja :). Smlm siap tanya lagi "esok umi nak buat kuih apa pulak?" "Umi nak buat yg letak chocolate pink yg kita beli tu, yg letak oreo tu" ."Umi tunggu aku tau" hahaha...seronok diaorg ni klau bab buat kuih n decor2 kuih ni. Laju ja, tak payah disuruh2.

Rupanya sama mcm yg sblm masak kan? Masak dah ni.. :)

15 August 2011

Cookies and Choc Cake

Farmbrozen Kenari
Black Beauty Choc Cake
 
Hari ni baru leh masukkan entry yg dok tetangguh dr sabtu hr tu. Punya la sibuk memasak pluss penat gila. Ingatkan xda la tetamu hr sabtu tu...tup2 sepupu MissDaisy n kengkawannya datang dr Lahat Datu. Pepagi lg MissDaisy behajat nak bersihkan bilik air so menyental la bilik air tu kasi wangi2 kan (sahur pg soknya tu tangan xleh nak menyuap nasi, semangat sgt buat kuih) .

Then kluar gi cari barang2 buat kuih kat Kubota. MissDaisy ni klau dpt duk dlm kedai yg bakery2 ni, 10jam pun xpe...hahaha, nampak sgt menipu, mn la kedai tu nak bukak lama2. Sabtu tu bukan kuih jer yg MissDaisy buat, skali ngan juadah bebuka MissDaisy buat. Along ckp MissDaisy dah kena sampuk. Menunya:  Nasi Tomato (Along@abg ipar tender), Kari Daging Payau (Mama@kakak tender), Ayam Masak Merah n Udang Tomato (MissDaisy la kena masak ni). Tapi lupa nak snap gambar. Dah habis masuk perut br tepikir.... hahaha..rugi2, klau tak mesti meriah MissDaisy nya entry ni.

tekun abis
tulisan Aiman

Aiman tanya "Boleh ka umi baca tulisan aku ni? "xpa, nanti mama yg nak baca" "Ooo...mama paham tulisan aku". pedo2 dia dok salin resepi, pastu setengah ja. "nah umi, penat sudah aku ni"

Adik pun nak menulis gak

Ni tgh sebuk sediakan bahan2 tuk  Black Beauty Choc Cake, abg nak menyalin resepi, adik pun sibuk nak jgk menulisnya. Kek ni kembar MissDaisy dah buat, katanya sedap... tu yg MissDaisy nak try jgk. Jadi tu memang jd tp sebab MissDaisy guna dulang yg besar so kek nya xda la tegak meninggi cantik. Masa tuang toping coklat tu...yum..yumm...sungguh tidak sabar (bukan MissDaisy tp sepupu n kwnnya :D ). Lepas dah membaham choc cake tu, bermula lah sesi membuat kuih seterusnya, Farmbrozen Kenari. Cookies ni nampak mcm susah tp senang ja nak buat, part yg susah time nak memotong tu, haiiiih....mengeluh tak sudah2. 

Lupa MissDaisy nak amik gambar yg lapisan bwhnya, mcm buat tart juga processnya cuma bahan2 tu lain sket. Lepas dah masak layer bwhnya tu,MissDaisy sapu filling blueberry. Klau ikutkan resepi asal, kuantitinya kurang sket sb akak ita MASAM MANIS guna loyang yg kecik. Gi cari kat Home Bakery Shop kat Kubota tu xde saiznya, ada yg besar, jadi MissDaisy tambah skit adunannya.

                                                                    
Dah siap ratakan filling nya, buat toping lak, ni pun senang cuma amik masa nak putar kasi kembang n putih mcm gambar kat bwh ni. Kena bagi likat.

                                                                 
Sapu atas filling blueberry td n lepas tu tabur almond kat atas toping tu. Dah siap tuk dibakar. :)
                                                   

Tadaaaa....!!! Inilah hasilnya. Betul ckp akak ita MASAM MANIS, sgt2 la rapuh cookies ni, bakar dlm 1jam stgh, lepas tu biarkan dlm oven yg ditutup apinya selama sejam stgh lg, then baru potong, time potong ni sgt lah berhati2 sebab lapisan bwhnya akan bederai n ditambah lak lapisan putih tu terlekat ngan almond kan, pecah sana sini. Senget benget MissDaisy potong. lapisan putih tu keras n rapuh. Bila dah sejuk betul, and angkat sekeping, br lapisan yg bwh sekali tu jd  padat (tak bederai).
Sangat sedap kay... :)
                                                                 
Part yg MissDaisy lemah, part mengambik gambar2 ni, mesti tak cantik. Bila la leh dpt dslr ni :D

Credit goes to akak ita MASAM MANIS :)
Next entry , biskut nestum yg sgt mudah n sedap. yeeppiiii.

09 August 2011

Blueberry Cheese Tart and Apom Betawi

Cantik kan? :) disebalik cantiknya shell tart ni, hanya tukang yang buat jer tau....huhu, adunannya mudah jer ditambah pulak dengan mixer kenwood mama yg baru tu, maka tidak perlu lah me berhabis tenaga menguli dohnya. Tapi klau ikutkan dohnya pun bukan keras pun, lembut jer. Saja amik kesempatan guna mixer baru mama. Dari resepi akak MASAM MANIS, adunannya sikit jer, (dlm hati "a'ah sikit sesgt la, mesti cpt siap ni") hahaha.... Bila dah mula membentuk shell dlm acuan....makaiii....lamanya....asyik dok besungut bila la nak abis ni. Mula2 bakar tu, terlebih masak and ada yg nipis, ada yg tebal....tu sebab dlm pic shell tu ada yg brown sket colornya, me ltk sblh blakang :D. Beli acuan shell ni pun 20 ja, dulang pembakar mama tu, skali masuk leh muat 40 bijik, jenuh nak tggu kasi sejuk acuan dia n tekap lagi, itu yg lama tu. Buat ni pun dok mengejas suhu oven..maklum ler oven baru mama. Me buat dpt dlm 60 shell la sb shell nipis ja.

Ini panas2 lagi yang dibawa ke rumah Ibu Aju, dalam 30 biji. Tapi corak atasnya tu tak sempat nak kasi cantik2 coz dah lewat sgt, main letak jer pastu trus masuk oven. Hehe...xpe walaupun tidak cantik coraknya..tapi dipuji sedap :D "terbaik" yumm...yumm..

Sambil2 dok buat tart ni, asalnya nak buat tuty fruity dr akak MASAM MANIS, tp memandangkan mcm amik masa and ditambah pulak dgn takde perasa lain, so tukar plan buat kuih lain. Dan yang paling senang skali Apom Betawi. Sebenarnya me x nak buat apom ni sebab slalu tak jadi,mesti penyek jer. Apom Betawi ni maksu Naimah aka mak kedua me yang ajar. Mula2 buat sendiri tu jadik, apom ni naik cantik sgt n gebu. Lepas tu mak sedara me yg lain mintak ajarkan, lepas jer me ajar and mak sedara me buat jadi, me lak yg buat tak jadi. Itu yg malas dah me nak buat. Me buat sb ada mixer baru yg power jd tak payah la me timbuk telur tu berejam-rejam lagi :D .

 
Inilah hasilnya, cantik tak?... :) syok sendirik lak ni, hahaha.




Yang cantik sket corak2 daun kat tart ni sb ni buat lepas balik dari umah Ibu Aju, ada baki lagi yg blum di pipe kan dgn cream.  

08 August 2011

Sehari bersama MACARONS

Beria-ia nak buat macarons, tgk kat  buku2 resepi n website..cantik2 jer kan, cute sgt2 tp xla penah gi beli. Jadi hari jumaat lepas, abis jer keja semangat me tepon kembar me becerita nak buat macaron. tau saja la klau me ngan kembar me besembang memang tak ingat masa langsung, dah la hari jumaat tu habis keja kul 5ptg, pastu kat sabah lak tu, waktu bebuka kat sabah kan dlm kul 6.30 mcm tu kan, pluss ngan jam lg...mcm lipas kudung ler mencari barang kat honey bakery shop Kubota Bt3 tu.

Me buat hr sabtu, tp dah lewat sgt n ptg tu gak ada majlis berbuka ngan sedara2, mn nak masak soto lg, mn nak pipe kan doh macaron tu... ditambah pulak dgn pembantu2 terhebat yg sibuk nak tolong me buat. Setiap kali me nak bake something jer mesti assistant chef me ni dtg tanpa disuruh...dgn lemak merdunya " umi....adik" tak sempat nak marah :D.  kay..bebalik ke cerita macarons tu, org yg sabar jer leh buat, ada jgk yg tak jd me buat, 1st dulang tu byk yg pecah2 n size pun tak ngam. Pastu  me pakai saiz ikut suka hati (agak2 jer), and slowkan suhu oven tu, then baru la nampak licin jer permukaan macarons tu. Asalnya me nak letak ganache coklat, ingatkan ada kat rumah sb seingat me yg beli hr tu belum dimakan lg, so me tak lah gi beli, beli strawberry, blueberry ngan peanut butter jer. Bila time nak letak ganache ni, mencari satu rumah tak jumpa2, mana ntah letak time packing2 pindah rumah hr tu.
Resepi macarons ni me amik dr blog akak ita MASAM MANIS, sgt2 la detail dia ajar mcm mn nak buat macarons. Yang akak ita buat kemas n gambar dia upload pun cantik, me ni amatur jer dlm dlm amik2 gambar, kamera pun murah jer :D

Sape nak?