14 February 2012

Keropok Bawang + Eating Alone + Kek Batik

Aktiviti kat rumah lately ni suam-suam kuku sket. Dalam hati rasa mau letak entry tapi bila time buat tu tak brapa jadi so cancel la entry time tu.

MissDaisy baru2 ni nak sharekan acara dapur. MissDaisy buat vade@masalavade tapi tu lah..tak jadik lak. Ni lah kesannya bila lama-lama skali baru nak buat kuih ni, mengajar kembar MissDaisy terror lak, jadik lak tu dia buat, kita buat yang tak jadi..alahaaii..next time kena tukar teknik lak. Time entry yg jadi tu lah nanti MissDaisy crita kenapa tak jadi, so nanti jadi tips pada sesape yang nak buat.

keropok bawang
Saja teringin nak makan keropok bawang ni, klau beli kat kedai tu tak terasa bawangnya, dok rasa minyak ngan tepung ja lebih. Ni MissDaisy buat sikit ja, dalam 2 roll tapi goreng sket2 sebab MissDaisy bancuh doh bawang tu lembik so simpan petiais dulu kasi keras sket. Yang dalam gambar ni last dah ni, tu suma adik-adik MissDaisy yg makan time diaorg datang umah baru2 ni. Okay..MissDaisy kasi resepi tuk share.

Bahan Doh Putih:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung pulut
garam (secukup rasa)
air
2 sudu besar minyak/butter
1 biji telur

Cara-caranya:
Campur kesemua bahan kecuali air.(tepung tu bagus kalau diayak). Ratakan telur,minyak/butter,garam..masukkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang kenyal. Ketepikan.

Bahan Doh Bawang:
10-15 bawang merah/kecil
5-7 tangkai cili kering
2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
gula (1sudu kecil/secukup rasa)

Cara-caranya:
Bawang dan cili kering dikisar halus. Campurkan sedikit-sedikit dengan bahan lain sehinga menjadi doh.(bahan kisar tu banyak sbnrnya, so agak2 je la time nak campur dengan tepung)

So..sekarang ni kita dah ada 2 doh (putih dan merah). Canai doh putih dan doh bawang, letakkan doh bawang yang telah dicanai tadi keatas doh putih dan gulung. Siap! Kebesarannya tu terpulanglah pada individu. Kalau susah nak dipotong time lepas gulung tu, simpan dulu dalam petiais beku, then bila dah keras sikit boleh la potong untuk digoreng. (^_^)

Resepi yang MissDaisy bagi ni asas je, so terpulang pada individu untuk olah jadi lebih baik.

MissDaisy tak lah pandai pun, ini main buat ikut tangan je, mungkin ada yang buat cara lain. Dulu time raya arwah tok selalu buat tapi kami cucunya taknak belajar pun. Kalau tanya mak, mak akan jawab "buh tepung ngan bawang la kak, macam buat kulit karipap tu" then pandai-pandai lah MissDaisy cipta resepi. Semuanya main agak-agak je dari rasa,lihat, dan bau.

Takde plak MissDaisy snap picture time buat keropok bawang tu, tak sempat..sesungguh hati time buat tu..hahaha.

Ni malam bila ntah gi buat, orang buat tuk breakfast, MissDaisy buat time supper.
Temanya  "Eating Alone!"










Hari ni disebabkan rajin.. MissDaisy buat kek batik, 1st time buat. Slalunya makan jer (^_*). Resepi MissDaisy amik dari blog MasamManis. MissDaisy buat separuh adunan je and dianya lapisan coklat tu tak smooth sgt. taktau lah kenapa, api dapur kuat sgt rasanya kot and telur tu mcm byk. Next time kena letak telur sebijik je tak pun takyah letak (urmmm...rasa2 okay tak?)

3 comments:

  1. madu,wah.. terror hang buat kopok bawang. hehe.. tp aku cam tak berapa paham, ape maksud doh?

    sometime bila aku masak pkr yang aku baru nak cuba,aku memang teringat kat hang. Dulu ms kt s.alam,ms zaman Uitm, hang yg terror masak kat umah sewa kita tue. hehe.. aku teringat hang penah ajar aku buat ns goreng cina ngan kuih keria keledek kalau tak silap aku. Ns grg tu aku pun dah agak terorlah.. sbb always buat ms breakfast. tp tang keria tu, aku dah lupa langsung.

    senang2 hang share la resepi keria gak.. kelazatan keria hang teringat lg sampai skrg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..doh tu adunan la madu,cuba ko google image doh roti, mcm tu la.

      hahaha..tgh masak td aku pun tringat gak, aku rs aku penah masak ikan bilis asam tu dulu,takde eh?

      keria keledek tu mmg aku ingat, yumyum..teliuq plak..nanti aku pi cari ubi kat pasaq malam dulu ye madu.

      Delete
  2. madu,bila ko free la ko buat.. cian lak kat hang, x semena2 kena buat keria tu sbb aku. hehehe..

    ReplyDelete