Showing posts with label Da' Journal. Show all posts
Showing posts with label Da' Journal. Show all posts

05 March 2012

Got Hired!!

This entry should be 1st March entry tapi disebabkan hati yang gundah gulana..dup..dap..dup..dap je, ilang suma ayat2 manis nak ditaip.. =P

1 March 2012 ~ 1st day keja baru after almost a year tak bekerja dengan stabilnya (^_^), sekejap kat sabah, sekejap kat sepang sekejap kat kedah, sekejap kat puchong..merata-rata duduk. ish..ish..nomad sudah aku nih. Tapi hati senantiasa di Sepang. (^_*)

Alhamdulillah...Allah hadiahkan kerja ni, insyaAllah ianya terbaik untuk me. Mudah-mudahan Allah permudahkan pulak soal jodoh lepas ni..aminnn.

Jauh jugak la nak travel dtg keja ni, "Dari Sepang ke Midvalley" ahakkss.. hahaha, planning nak menyewa kat area vista angkasa, tapi bila duduk 2,3 hari kat area situ..hati ni macam tak merestui pulak (^_^).. so...keputusannya, duduk je kat sepang nun.

09 February 2012

Wahai Hati

Jodoh itu rahsia Allah ...

Semoga Allah memberi kekuatan agar hati-hati yang sayu itu tidak berputus asa dengan ketentuan-Nya

25 January 2012

Akukah Yang Berputus Asa?

Hari ni aku bangun dengan semangat yang semakin tumpul. Dalam hati "apa aku nak buat ni?"

Then as usual, aku akan scroll down wall fb yang selalunya mengundang ketidakpuasan hati aku, but suddenly process scroll down aku terhenti pada artikel yang di-shared oleh seorang sahabat dari Ustaz Zahazan.


Hanya seinci lagi.

Rahmat Allah tiada siapa yang boleh duga. Kita berputus asa terhadap diri kita atau Allah? Makhluk iblis itu sentiasa menghasut kita supaya berpaling dariNya.

06 December 2011

Bilamana Ruang Hati Menjadi Kosong TanpaNya


Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku
Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

03 December 2011

Ukhwah yang Terbina (ASP.Net Class)



Ganti nama for todays entry = "Me" (^_^)

i loooovee studying ...ahaks, tapi memang betul pun.
Turun dari tawau, me attend ASP.Net training kat TPM almost 3 months with segala janji manis dr training centre. But dats not the point walaupun sakit hati kan ("whateverr'), yg penting memang me nak course ni, dari masa me kat tawau lg dah plan nak attend course ni kat mmu tp kat mmu tu a bit costly la. Yang ni preee jerr :p .

aduii...smlm mcm byk yg generate dlm otak me, pepagi ni ilang lak

Memula start klass tu ya Allah susahnya nak faham mdm tu ckp, pekat betul lenggoknya, dgn kepala2 me turut sama tegeleng2..hahaha..gila. Tapi mdm tu memang penyabar lah dgn kitaorg,tggu kitaorg copy code,besabar dgn sikap malas respond, time dia betanya..sedih betul. Sebenarnya tak paham apa yg dia tanya...wahahaha..

Okay...slide show begin :

busy nya...


Kusyuk tak me time ni?..hahaha...ntah bila masa budak2 ni gi snap, tau2 upload dlm fb. Ni suma time buat mini system...ada entry me yg ting tong pasal netbook Aku,Coding dan Netbook yg KECIK.

for da 1st time me gi interview reramai dgn budak klas...dah mcm gi taman permainan lak rasanya, Gila interview tu...kena write coding, hancur suma coding..rasanya klau run kat console tu confirm berderet error tag line. ish..ish.. tu la malas lg nak prepare, merapu ja jwb syntax code.

Next interview reramai, dkt ampang park, habis separuh klas me ajak gi walk in. Finally yg snap pic tu yg dpt...congrats to nafi.

Interview kat GTower


Then ada lg sesi interview reramai ni and location nya pun kat ampang park... klau ikutkan dah 3 kali me gi ampang park tuk interview, memula kat Citybank tower then Gtower then Atlan tower. Confirm la me tak dpt, jauh nak travel dr sepang ke kl nun tetiap hr, berumah di atas erl la hari2.

Result from interview kat Atlan tu; sorang jer selected item..hahaha...punca org lain kena reject sb copy jawapan time jwb set soklan diaorg, (bkn copy..discuss..) , cuba la diaorg kasi set yg bebeza br la suma kertas jawapan tu kosong ..hahahaha.
Okay...congrats goes to Zulhilmi, got job kat Atlan tower tu.

Bila pikir2 balik...kecik rupanya dunia ni...pusing2 situ jgk...dlm masa 2 bulan setengah tu apa yg me discover; Noor Bazilah satu sekolah menengah dgn me kat Mahang and dia satu batch dgn adik me. Umah pun satu daerah ja.

Then...Nafi is pancaragam yg di invite oleh MAHB tuk perform time sukan airport zon utara. Time tu me wakil subsidiaries MAHB tuk bowling. Mcm mn me leh tau?...dr fb picture...time view picture nafi tu.."eh..ni mcm kat jeti langkawi...then go next pic...nampak banner sukan airport zon utara...What!" dlm hati "aku mcm kenal je time ni"

                     
pic from fb  nafi
panas gila


kay...End Story bab tu....

Yang lain...satu ipt and course yg sama dgn Sharina Unikl, tp time me dulu MFI kat bangi, but...we know da same lecturer ( lecturer kesayangan :) )

Continue wit slideshow;

time ni si nafi ni okay lg
 
time ni dah ting tong..
Memasing kusyuk ni....betul ke write coding ni?ke write code kat facebook?..Ahaa!!...

Slideshow on Last day class;

wit Mdm Radha

da girls n backup dancer from boys kat blakang :)

suka sgt diaorg ni dgn Teo :p

close partner; yana,ila n anis :)


12 November 2011

Aku, Coding dan Netbook yg KECIK

Mcm mn tak stress? coding dah la panjang bejela n meleret2,
pastu netbook aku ni 10 inci ja,

Dimensions & Weight
Height
25.5mm (1.0") front – 32.8mm (1.3") back

system nak develop guna 2 application
waahhhh....memang sesungguh hati la nak kena perati segala syntax and code2 tu.
Letih aku nak scroll up and down, left and right (mcm lagu plak...wekkk)

aiiish...nama pun pakai netbook kan, what do you expect..trima ja la. nasib baik netbook free, sgt best part tu tapi sok2 ni netbook dell ni mesti akan jadi mcm netbook acer putih aku tu, keypad dah tecabut,lid dah patah... mcm mn tak patah,nak close lid pun pkai kaki..astaqfirullahalazim..sgt la malas.. buruk sungguh perangai, (pandai...hat perangai buruk tu pi crita kat sini)

kesian kat acer putih tu sorang2 kat umah sepang, berabuk dah. nanti aku beli external baru naa..baru la hang leh bejasa balik kat aku tuk download segala crita korea yg tertangguh tu :D

Tapi acer putih tu lagi membunuh...8Gb ja harddisk dia..muntah tggu dia load windows.

by the time aku dok rajin menaip tuk entry ni..aku dah lupa dah kat mn aku berenti buat system td satgi menggagau la cari balik tang mn... gila






Banyak sgt merunggut ni..nasib baik ada netbook ..tak reti besyukur langsung, klau takdak esok baru padan muka.
Budak klas yg lain tu..ada yg takdak notebook/computer kat umah nak buat projek, harap dlm kelas ja..

separuh ja nampak ni

Code in VS2008
Code yg dok nampak tu tak brapa jadi, pening aku dok pikiaq condition restriction dia.
Tanya kat madam...aku pun tak paham apa dia crita and dia pon tak paham aku tanya apa.











Database using SQL2005
Tang ni la aku dok cari syntax nak rename columnname tak boleh2, berejam google.
Dah edit kat sini nak kena edit balik kat coding VS tu, menggagau carik balik code line dia.

10 November 2011

2 Mug Nescafe

Ganti nama utk entry kali ni "aku"

Asalnya nak karang entry ni pasal topik lain tapi disebabkan bapak sedara tepon trus mood channel tu betukar.. Mood aku dah belari ketanah dah..hampagas betul, ish..ish..agak kasar bahasa ni.

Dari sangat2 tidak larat tadi, mata terus jadi mata katak  and otak menganalyze segala butir bicara yang boleh diterima logik akal. Jadi dimana kurang dan lebihnya? Maka aku tepikir balik..dimana salahnya and "betul ke apa yang aku buat sekarang ni?" Adakah kerana tindakan aku tehadapnya selama ni menjadikan aku seperti sekarang? Arghhhhh....penuh otak aku, dah la penuh dengan segala coding system yg belum disave lagi, ni ditambah pulak dengan input masalah yang selama ni aku bungkus secantik mungkin dan disimpan rapi dalam store nun, tetiba lak ada yang mengajak untuk melihat balik....dammmmm..

Sebenarnya tadik aku ni nak bercerita perihal Nescafe aku and segala crita2 coding, la ni dah lupa dah.
haaa...kan dah tak jadik tujuan asal aku nak study, laju ja dok pi type coding kat chatroom facebook.

Dah habis dah nescafe aku ni, asalnya se-mug nescafe ni dgn harapan leh cover 3 topic tuk esok, kononnya la...tapi dah habis sebelum mula lg ("tetiba tringat ayat dlm filem Ayat2 Cinta ~ "Ada yang belum selesai antara kalian berdua?" "Tidak ada yang belum selesai, bahkan dimulai saja juga belum~) ish..ayat seberang gak aku dok pi ingat.


nescafe yg ke 2
 Time check! kul 11.17, aku tak start lgpun study ni,

09 November 2011

Allah dah tetapkan secara adil utk setiap hambaNya..astaqfirullahalazim...tapi masih bersisa rasa tidak adil dan rasa tidak puas hati terhadapNya. Hati masih buta untuk melihat dgn lebih telus kasih Allah pada hambaNya

29 October 2011

Morning with "Cahaya Hati"

Celik mata ja, dis song belagu dlm hati ..."Ällah Engkau dekat dengan kasih sayang"...subhanallah, kerdilnya aku dlm dunia ni.

Got this song while watching cinta alysa.

Hanya hati kita yg masih tertutup untuk melihat dengan lebih telus bahawa Dia sentiasa ada. Setiap nafas yg dihembus, menyatakan bukti kekuasaan Dia.
Disebalik gerakan halus jari2 menaip ni adalah kerana kekuasaan dariNya. Selalunya kita lupa setiap kejadian dan keupayaan kita melaksanakan sesuatu tu adalah dengan adanya Dia.

Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu
Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala
Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu
Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

05 August 2011

Struggling with Database Development

Kat tempat keja br me ni kecik je so IT unitnya xla besar mn sgt pun compare ngan last company me tu. Memandangkan company kecik n jauh sgt2 dr bandar besar so IT infra nya xla secanggih kat tanah semenanjung tu. Jadi me pun propose la apa2 yg perlu n database ni salah satu drnya. sblm propose me dah agak dah, "confirm aku yg kena develop ni" (hahaha...dah tu...sapa suh propose kan, ambik kau).
Campur, tolak bahagi, darab...maka bersumpah seranah la me selama beberapa minggu tuk develop database + standard2 documentation segala. Bila org technical buat documentation, hancur ler...asyik kena reject jer. memang dulu ada gak me buat tp time tu me revise jer,betulkan numbering,format2 nya, isi kat dlm tu suma leader me yg buat (aka abg bobo). Kali ni from scratch me kena susun ayat...aiiii....memang temperature time tu ujung2 jer nak meletup.Time kena buat balik document2 tu memang dlm hati tu "wat the heck man?'' ... "memang bangkai la", pekataan bangkai tu memang x lekang la dlm hati me. "ko nak betul sgt, ko buat la sendiri". Tapi suma tu dlm hati me jer, sket pun x tekeluar dr bibir...masih bersisa kewarasan me dlm etika kemanusian hidup ni. hahaha, konon, muka ja mcm sopan2 tp didalam hanya me jer yg tau. Ish..ish...tak bagus langsung...haiyaaaa....
2 system me kena buat, 1st Asset Database, then centralized files system. Cuba pikir, dgn apa me nak buat system tu? Bos ckp "ok, u buat sistem ni dlm ms 1 bulan". My world completely turns upside down. Otak sape yg nak diguna pakai tu?huhuhu....with limited resources and tools and restriction on budget maka me terpaksa la pkai Access jer tuk develop system ni. Ish..panjang bebenor la plak briefing nya, ingat td nak ltk picture n cite comment je...



 



 


 
Lagi satu system tu nanti me post tuk 2nd entry, mcm panjang jer entry ni, letih menyusun screenshoot ni, besepah2.




04 August 2011

Me and Wishing List

Lately ni rs nak gi attend ni http://bzeecake.blogspot.com/. Actually dah lama dah pasang angan2, klau ikutkan entry i-loooove-orange "waiting for freedom day". And again, did i make mistake again?hurmmmm... with compact life of me and bla..bla..bla... salah sape sbnrnya?ntah...but me try to be +ve, "the choice is mine ,rite?" still trying to find happiness.

Tengok akak kat Masam Manis mcm senang jer dia masak2 kat rumah kan, gambar dia pun cantik2. InsyaAllah, akan jd gak dream Miss Daisy suatu hr nanti. Hope dpt moral support dr org2 tersayang Miss Daisy.

Takleh me nak listkan wishlist me kat sini, takot nanti sembang jer lebih tp buatnya idak jgk pun kan. Letih dah twin me tu dok suruh2 tp me tak jgk beganjak-ganjak dr tmpt duduk ni, susah tul nak buat decision. Susah sbnrnya bila hati me ni pikirkan hati2 org yg dekat ngan me ni dulu. Jadinya hati me yg sakit, bukan hati jer sakit skrg ni physical pun sakit. Sungguh tidak seronok sekali. Bila me tak becakap ngan org disekeliling me n jawap pun yg perlu2 jer, n muka pun x didongak ... its mean me sgt2 la tidak sihat.

Jadik..apa kesimpulan yg me dpt kat sini?Ayyakkk....still blum bertindak ni (Jom Balik Sepang!!)

15 July 2011

Evolution of My Phone + iPhone 5

Evolution of phone
 Dari sebesar2 gaban, sampai la kecik pastu jd besar balik, awal2 tu siap jd bekas air lg bwk gi skolah :D

Crita pasal hset yg me penah pkai  :)

Nokia 3210
Masa tu study kat itm shah.alam, ujung tahun 1999,tgh glamer nak pkai hanset2 ni, dulu2 kan persepsi org, hnset ni org kaya ja pkai...mahal, tp bila time duk s.alam, mata pun dah tebeliak nengok org2 pekan ni and dat time duit loan ptptn masuk gedebuk skaligus kan, kira kaya dah la tu student time loan masuk, RM2500 beb, me apa lg, turun sungei wang ngan "teman tp mesra" me tu, (sebab dia gak la me nak beli fon ni, dia pun pkai fon tu gak) then me beli la 3210 skali ngan maxis prepaid, mahal beb time tu prepaid RM120, siot jer, skrg murah gila, pkai buang jer skrg ni. time tu model 3210 tu kira paling canggih la sb kurus leper jer kan. ( leper la sgt) time tu la, ish...ish..dah la berat (br terasa berat :D ). time tu pkai hnpon pun sorok2, takut kena marah. last2 kantoi sb ada call in,lupa nak silentkan. hahaha. Pastu, konon kaya, beli lg 1 kasi kat kembar. lama gak la betahan ngan 3210 ni, sampai thn 2003. Sebab yg dah tak pkai fon tu, kasi fon tu kat pakwe (baik hati, syg sgt kat pakwe yg x brapa pakwe tu....dennggg). mn ada pakwe sanggup amik hset awek dia,pastu awek dia xde fon, sapa yg dia nak tepon?musykil kan tp time tu hati buta sb cinta....wekkk.

Nokia 6510
thn 2003 ni dah sambung blajar balik kat mfi, isniza kasi pinjamkan fon, motorola yg kecik tu. tp skjap je lah dlm brapa bulan ja, pastu dah x pkai fon balik. Sem brapa ntah, beli fon br..
6510, jelez tgk ramzani pkai, kecik comel jer, 8rat me beli kat warta bangi tu. Warta tu dah tukar nama byk kali dah rsnya kot, last time me turun bangi dah jd Bintang lak, tp me n member still sebut warta gak. :D
fon 6510 ni me pkai sampai 2005, lpas tu kena rembat time rumah kena rompak ngan org x bertauliah (slalu digelar mcm ulaq, lidah becabang) kay...stop crita "rompak" ni, nyampah me nak ingat balik.


Lepas tu me gi beli hset nokia buterfly
-kolor pink lg, still ada kat umah sepang dlm kotak :D (time tu kira dah old fashion la fon ni) me beli pun yg 2nd ngan harga 1rat lebih ja, sponsor by adik me. time ni memang penting la nak pkai hset sb me dah ada buah hati br...yeahhhh...lovebug again,hehe.

motorola razr v3 ni me beli time me keja kat subang, time ni nak sgt hset yg flip2 n nipis. me let go hset ni sb me nyampah ngan sentimental value kat hset ni.








pastu me beli hset tuk 2nd purpose, samsung nipis ni, dlm 2rat beli kat cempaka nilai,tahan sampai la skrg ni tp sb me slalu dok baling2 n dok sebut nak beli smart fon, merajuk dah dia. tp yg best nya leh baling ke dinding, jatuh kat tar pun x kesah sb dia kebal. :) tu suma time keja ngan airport.





latest, phone me yg ni, iphone 4, hehehe...clear dompet Guy Laroche me, tggal syiling jer. asalnya nak tggu putih, tp punya la lambat, pastu celcom ckp blum sure lg bila nak sampai, aiishhh...lambat sgt ni, xleh jd camni, lg dok tggu, lg sakit hati, nanti tetiba lak kluar iphone version br....me tekad amik jer, lantak ko ler nak jd apa lepas tu,hahah.
Anddd..you know what?...from internet news....september ni nak kluar iphone 5,haiih...buat duit sungguh apple ni. Me ada bc comment2 kat yahoo pasal iphone series ni, ada yg cite kat situ Apple dah standby iphone series ni sampai 20 series. :D , me pun tak tau betul ke idak.

Link ni iphone 5 malaysia specs nya, siap ada 3 version dlm iphone 5 ni,ish..ish...memang buat duit betul la Apple ni, bagus bisnes strategy dia. iphone 5, Malaysia Specs

26 December 2010

3 months of my messy life

agak lama jugak la blog ni tak berisi. ntah apa yg disibukkan pun tak tau lah. Went to hometown hampir sebulan and become insane, back to sepang with nothing, sebulan trying to arrange my heart back in line, thanks to baini and liza as supporter. [am dying].
Now...bertungkus lumus siapkan final year project [sabarlah wahai hati...sikit jer lagi nak habiskan dgree]. A big thanks to "sifu", sanggup tolong buatkan my system performance tu and me focusing on report only. Kakyang dah bising2 suruh buat cepat2 and then turun sabah [ingat mcm buat assignment biasa..empat lima lai ja kertas dia?fyp ni kak oii...minimum 100pages] muntah mcm ni...
sebulan bulan 11 br ni until now..what am just doing is this  ---->

downloading korean drama... apa la nak jadik ni.....

 lg seminggu nak htr fyp ni...br kat chap 2

and my system.....


Ya Allah..giv me some courage to face all this...

22 October 2010

Hari2 Terakhir di MAB

Today am wearing da same cloth i wear during my interview with MATech, Still remember dat time, en.man n kak zu yg interview. Very excited dat time, bukan senang nak dpt peluang jd sebahagian dr org2 airport. Hanya satu dalam malaysia company nya. Proud of it. But jodoh tu hanya sampai disini, sedihnya...tak tau knapa sedih sgt... warga2 technical yg baik sgt2. belum pernah jumpa opismate yg baik mcm ni. Abg bob, ejal, jamal, kecik, abg bong, en.asrin, abg lan, pak menakan(pakngah :p),gap,en.ajis, en.aizam n en.samsul n my bos. Also opismate dr unit2 lain dibwh desktop, a billion thanks for a good relationship.

Lunch td ngan diaorg ni...time ni senyum pun paksa..huhuhu..
 Tq Lin coz blanja td... :) 

Rewind: My MAB life start here (Familiarization Training)