Showing posts with label Home. Show all posts
Showing posts with label Home. Show all posts

10 April 2012

2nd Day in Terengganu

Traveling Date: 11 March 2012


More pictures from second day (^_^)










09 April 2012

1st Day in Terengganu

Traveling Date: 10 March 2012

Weekend kat Terengganu (^_^) ahaks..



Stop kat masjid rantau abang dkt pkul 6pg, sgt la ramai bas yg besusun..huhu. Dalam 7.30 berenti tuk breakfast kat kuala ibai. A bright morning with cute face pekerja kat kedai tu..lalala.


Now otw ke masjid kristal, before this, dtg sini tak singgah pun, tengok dr jauh je. Pagi2 dah melawat masjid  kristal..haha...sbnrnya ada agenda lain jgk, suma org nak gi mandi, (^_*)

11.30am~
Shopping time!

Galeri Tudung Dan Batik "Desa Murni"

Disebabkan me tak pkai tudung jenis ni and baju batik segala so...cuci mata je la, para2 wanita lain dan juga encik2 UM sekalian sibuk mencari baju batik


Mahal gila kot tudungnya RM129, kecik je pun, so berbaloi ke tak membelinya? Myb kos pembuatan batik mahal.

2.30pm ~Pasar Payang~
batik kat sini cantik2, yg letak batu2 tu.. Subhanallah...sangat2 la teliti pembuatannya, warna batu dan susunan ikut corak bunga batik..huhu stress takleh beli. Hahaha, budget tuk beli kepok je (^_^) and lagipun nanti taktau nak tempah baju tu kat mn, ye lah dah beli mahal2 pastu hantar lak kat yg tak sedap jahitannya. Kan sayang kain tu. Belambak dah kain pasang kat umah sepang nun, dekat 20 pasang. Ada yg beli 10 thn lepas kat jalan TAR pun ada gak, ketinggalan zaman dah coraknya pun, hahaha. Konon nak jahit sendiri, hahaha.. Jahit butang baju leh arr..

5.00pm ~ rumah Nora
Lega...dah boleh relax2..tido..hahaha.. kenal dari tahun 1999 tapi baru skrg gi umah dia n kenal ngan family dia. Malam tu mak Nora jamu lauk terengganu, sedap!!.. ayah nora gi beli nasik lemak..haa.amik kau, belambak kena makan..kepok lagi..ni yg sedap ni..yumyum..





05 March 2012

Got Hired!!

This entry should be 1st March entry tapi disebabkan hati yang gundah gulana..dup..dap..dup..dap je, ilang suma ayat2 manis nak ditaip.. =P

1 March 2012 ~ 1st day keja baru after almost a year tak bekerja dengan stabilnya (^_^), sekejap kat sabah, sekejap kat sepang sekejap kat kedah, sekejap kat puchong..merata-rata duduk. ish..ish..nomad sudah aku nih. Tapi hati senantiasa di Sepang. (^_*)

Alhamdulillah...Allah hadiahkan kerja ni, insyaAllah ianya terbaik untuk me. Mudah-mudahan Allah permudahkan pulak soal jodoh lepas ni..aminnn.

Jauh jugak la nak travel dtg keja ni, "Dari Sepang ke Midvalley" ahakkss.. hahaha, planning nak menyewa kat area vista angkasa, tapi bila duduk 2,3 hari kat area situ..hati ni macam tak merestui pulak (^_^).. so...keputusannya, duduk je kat sepang nun.

15 February 2012

Resepi buat Maduku "Ikan Bilis Masak Asam"

(^_^)

Janji dengan Madu nak kongsi resepi ni... "Ikan Bilis Masak Asam"

 
 

Bahan2nya:
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 1 biji
Air asam jawa (dalam 2 sudu besar)
1 sudu besar gula
Garam (secukup rasa)
Ikan bilis
Kentang 1 biji (dipotong nipis)
Minyak

Cara2nya:
Goreng dulu kentang dan ikan bilis. Ketepikan. Tumis bawang putih, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Biar mendidih hingga pekat. Masukkan ikan bilis goreng dan bawang merah, gaul rata. Masukkan kentang goreng dan gaul hingga rata. Siap!

Masa tumis bawang tu, minyak 3-4 sudu je. Ada setengah ikan bilis tu memang dah masin so tak perlu letak garam. kena rasa time masukkan ikan bilis goreng tu.

Kentang + ikan bilis yang siap digoreng

Siap disalut dgn tumisan asam jawa

Siap!
Kalau tak nak letak kentang pun boleh, buat ikan bilis je.

Okay..jom makan! Bismillahhirahmanirahhim...(^_^)

Tengah rajin hari ni, MissDaisy buat sambal ikan bilis skali, senang esok2 ni nak mkn dengan roti ke, bubur ke.

14 February 2012

Keropok Bawang + Eating Alone + Kek Batik

Aktiviti kat rumah lately ni suam-suam kuku sket. Dalam hati rasa mau letak entry tapi bila time buat tu tak brapa jadi so cancel la entry time tu.

MissDaisy baru2 ni nak sharekan acara dapur. MissDaisy buat vade@masalavade tapi tu lah..tak jadik lak. Ni lah kesannya bila lama-lama skali baru nak buat kuih ni, mengajar kembar MissDaisy terror lak, jadik lak tu dia buat, kita buat yang tak jadi..alahaaii..next time kena tukar teknik lak. Time entry yg jadi tu lah nanti MissDaisy crita kenapa tak jadi, so nanti jadi tips pada sesape yang nak buat.

keropok bawang
Saja teringin nak makan keropok bawang ni, klau beli kat kedai tu tak terasa bawangnya, dok rasa minyak ngan tepung ja lebih. Ni MissDaisy buat sikit ja, dalam 2 roll tapi goreng sket2 sebab MissDaisy bancuh doh bawang tu lembik so simpan petiais dulu kasi keras sket. Yang dalam gambar ni last dah ni, tu suma adik-adik MissDaisy yg makan time diaorg datang umah baru2 ni. Okay..MissDaisy kasi resepi tuk share.

Bahan Doh Putih:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung pulut
garam (secukup rasa)
air
2 sudu besar minyak/butter
1 biji telur

Cara-caranya:
Campur kesemua bahan kecuali air.(tepung tu bagus kalau diayak). Ratakan telur,minyak/butter,garam..masukkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang kenyal. Ketepikan.

Bahan Doh Bawang:
10-15 bawang merah/kecil
5-7 tangkai cili kering
2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
gula (1sudu kecil/secukup rasa)

Cara-caranya:
Bawang dan cili kering dikisar halus. Campurkan sedikit-sedikit dengan bahan lain sehinga menjadi doh.(bahan kisar tu banyak sbnrnya, so agak2 je la time nak campur dengan tepung)

So..sekarang ni kita dah ada 2 doh (putih dan merah). Canai doh putih dan doh bawang, letakkan doh bawang yang telah dicanai tadi keatas doh putih dan gulung. Siap! Kebesarannya tu terpulanglah pada individu. Kalau susah nak dipotong time lepas gulung tu, simpan dulu dalam petiais beku, then bila dah keras sikit boleh la potong untuk digoreng. (^_^)

Resepi yang MissDaisy bagi ni asas je, so terpulang pada individu untuk olah jadi lebih baik.

MissDaisy tak lah pandai pun, ini main buat ikut tangan je, mungkin ada yang buat cara lain. Dulu time raya arwah tok selalu buat tapi kami cucunya taknak belajar pun. Kalau tanya mak, mak akan jawab "buh tepung ngan bawang la kak, macam buat kulit karipap tu" then pandai-pandai lah MissDaisy cipta resepi. Semuanya main agak-agak je dari rasa,lihat, dan bau.

Takde plak MissDaisy snap picture time buat keropok bawang tu, tak sempat..sesungguh hati time buat tu..hahaha.

Ni malam bila ntah gi buat, orang buat tuk breakfast, MissDaisy buat time supper.
Temanya  "Eating Alone!"










Hari ni disebabkan rajin.. MissDaisy buat kek batik, 1st time buat. Slalunya makan jer (^_*). Resepi MissDaisy amik dari blog MasamManis. MissDaisy buat separuh adunan je and dianya lapisan coklat tu tak smooth sgt. taktau lah kenapa, api dapur kuat sgt rasanya kot and telur tu mcm byk. Next time kena letak telur sebijik je tak pun takyah letak (urmmm...rasa2 okay tak?)

09 February 2012

Wahai Hati

Jodoh itu rahsia Allah ...

Semoga Allah memberi kekuatan agar hati-hati yang sayu itu tidak berputus asa dengan ketentuan-Nya

25 January 2012

Akukah Yang Berputus Asa?

Hari ni aku bangun dengan semangat yang semakin tumpul. Dalam hati "apa aku nak buat ni?"

Then as usual, aku akan scroll down wall fb yang selalunya mengundang ketidakpuasan hati aku, but suddenly process scroll down aku terhenti pada artikel yang di-shared oleh seorang sahabat dari Ustaz Zahazan.


Hanya seinci lagi.

Rahmat Allah tiada siapa yang boleh duga. Kita berputus asa terhadap diri kita atau Allah? Makhluk iblis itu sentiasa menghasut kita supaya berpaling dariNya.

28 December 2011

From Sepang to Kedah

Suddenly jer diaorg ni (from tawau) balik bercuti. Time tu me tgh lena, kakak call (dalam hati mcm terasa dia nak balik semenanjung).
Me: "Ha wei..awat?"
Kakak:"saja tepon, hang dok buat apa?"
Me: "Aku dok lena lg, hang nak balik ka?"
Kakak: "Flight ptg ni, pkui 5, ada kat umah sepang ka?"
Me: "haa..kat umah sepang ni, aku dah agak dah, mesti hang nak balik nya"
Kakak: "nanti sampai ja, aku tepon hang balik"
Me: "okay"
End...
Maka bermula lah me jadi robot hr tu, trus bangun kemas rumah...wahahaha...tetiba tersgt rajin. (nampak sgt pemalas)
Sampai kat kedai Tok Jeton, anak2 ni membelasah ayaq tudung menet (^_*), yg calor biru sedap tp sendirik mau ingat la...biru habih lidah2 ngan gigi.. hahaha. 
Cuba teka apakah ini dan tujuannya?.... Crita dari Mak Ton, dia pi curik sirih junjung time org meminang, pastu suruh me makan. Tujuannya supaya anak perempuan dia yg sorang lg ni makan and cepat sikit dipinang orang. hahahaha...tp me tak makan pun..lupa.

 Gambar sekitar rumah dan anak2 
 
1. Buah staq, Mak Ton pi beli kat pekan Mahang,
2. Pokok Kaduk, dulu belungguk kat tebing sungai depan rumah..la ni tinggai sepokok dua ja, merajuk kot nak tumbuh banyak2. 
3. Yang ni me taktau pokok apa, saja pi amik gambaq, tumbuh kat perdu pokok langsat depan umah.


Pokok cabai purple Mak Ton, 1st time me tengok, rajin betui Mak Ton pi tanam, tp balik cucu2 dia, pecah sebijik pasu pokok cabai ni kena bola. Cucu buat...tak lah dimarahnya..cuba anak2 dia, mau beletiaq seminggu..hehehe.
Pokok Sawa @ Ciku
Sambil dok pusing2 umah, ternampak la pokok ni..dulu2...kami slalu amik tekap kat tangan bagi jadi tatu..
    tadaaa...tp tak byk sgt serbuk putih tu... (^_^)

ahza muhaimin

pakat2 posing
marissa qistina
   
siap sedia nak pi kutip sampah.. dah mcm pakcik Amek kecik2 dulu, suka sgt pakai kasut but ni.

kolam yg tak brapa nak ada ikan dah
chupi haziq and chupi hazim

06 December 2011

Bilamana Ruang Hati Menjadi Kosong TanpaNya


Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku
Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

03 December 2011

Ukhwah yang Terbina (ASP.Net Class)



Ganti nama for todays entry = "Me" (^_^)

i loooovee studying ...ahaks, tapi memang betul pun.
Turun dari tawau, me attend ASP.Net training kat TPM almost 3 months with segala janji manis dr training centre. But dats not the point walaupun sakit hati kan ("whateverr'), yg penting memang me nak course ni, dari masa me kat tawau lg dah plan nak attend course ni kat mmu tp kat mmu tu a bit costly la. Yang ni preee jerr :p .

aduii...smlm mcm byk yg generate dlm otak me, pepagi ni ilang lak

Memula start klass tu ya Allah susahnya nak faham mdm tu ckp, pekat betul lenggoknya, dgn kepala2 me turut sama tegeleng2..hahaha..gila. Tapi mdm tu memang penyabar lah dgn kitaorg,tggu kitaorg copy code,besabar dgn sikap malas respond, time dia betanya..sedih betul. Sebenarnya tak paham apa yg dia tanya...wahahaha..

Okay...slide show begin :

busy nya...


Kusyuk tak me time ni?..hahaha...ntah bila masa budak2 ni gi snap, tau2 upload dlm fb. Ni suma time buat mini system...ada entry me yg ting tong pasal netbook Aku,Coding dan Netbook yg KECIK.

for da 1st time me gi interview reramai dgn budak klas...dah mcm gi taman permainan lak rasanya, Gila interview tu...kena write coding, hancur suma coding..rasanya klau run kat console tu confirm berderet error tag line. ish..ish.. tu la malas lg nak prepare, merapu ja jwb syntax code.

Next interview reramai, dkt ampang park, habis separuh klas me ajak gi walk in. Finally yg snap pic tu yg dpt...congrats to nafi.

Interview kat GTower


Then ada lg sesi interview reramai ni and location nya pun kat ampang park... klau ikutkan dah 3 kali me gi ampang park tuk interview, memula kat Citybank tower then Gtower then Atlan tower. Confirm la me tak dpt, jauh nak travel dr sepang ke kl nun tetiap hr, berumah di atas erl la hari2.

Result from interview kat Atlan tu; sorang jer selected item..hahaha...punca org lain kena reject sb copy jawapan time jwb set soklan diaorg, (bkn copy..discuss..) , cuba la diaorg kasi set yg bebeza br la suma kertas jawapan tu kosong ..hahahaha.
Okay...congrats goes to Zulhilmi, got job kat Atlan tower tu.

Bila pikir2 balik...kecik rupanya dunia ni...pusing2 situ jgk...dlm masa 2 bulan setengah tu apa yg me discover; Noor Bazilah satu sekolah menengah dgn me kat Mahang and dia satu batch dgn adik me. Umah pun satu daerah ja.

Then...Nafi is pancaragam yg di invite oleh MAHB tuk perform time sukan airport zon utara. Time tu me wakil subsidiaries MAHB tuk bowling. Mcm mn me leh tau?...dr fb picture...time view picture nafi tu.."eh..ni mcm kat jeti langkawi...then go next pic...nampak banner sukan airport zon utara...What!" dlm hati "aku mcm kenal je time ni"

                     
pic from fb  nafi
panas gila


kay...End Story bab tu....

Yang lain...satu ipt and course yg sama dgn Sharina Unikl, tp time me dulu MFI kat bangi, but...we know da same lecturer ( lecturer kesayangan :) )

Continue wit slideshow;

time ni si nafi ni okay lg
 
time ni dah ting tong..
Memasing kusyuk ni....betul ke write coding ni?ke write code kat facebook?..Ahaa!!...

Slideshow on Last day class;

wit Mdm Radha

da girls n backup dancer from boys kat blakang :)

suka sgt diaorg ni dgn Teo :p

close partner; yana,ila n anis :)