23 September 2009

Cerita di sebalik paku di dinding

Baru ni dalam bulan ramadhan dapat email dari officemate, kisah "Paku di Dinding".

Berkisar tentang marah seorang anak dan ayahnya menyarankan agar memaku pada dinding setiap kali anaknya marah. Bila sampai saat anaknya dapat menghilangkan rasa marah, si ayah membawa anaknya kembali pada dinding yang dipaku dan meminta anaknya mencabut semula paku-paku tersebut. Setelah selesai, kata ayahnya ""Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang ditembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah,ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita".

Terkesannya dalam hati. Mungkin sebab ada rantaian cerita sebelumnya.. hanya disebabkan marah.. ada hati yang terluka.. tak tahu la, kadang-kadang kita ni dah rasa kita betul sangat dah. Hati manusia ni susah nak dijaga, hati sendiri pun tak terjaga dan selalu terabai. Kenapa? Adakah kerana kita terlalu banyak meminta dan berharap pada yang tidak sepatutnya.. meminta dan berharap tu hanyalah untuk Allah... mungkin di sini salahnya... Napa hati kita tak pernah nak ikhlas dan hanya mengharap padaNya, bukan selainNya?